Rabu, 24 Ogos 2011

E Mix Baking Ingredients.


Satu lagi kedai jual bahan dan peralatan bakeri dibuka di Seremban.Terletak dialamat No.19(GF) ,Matrix Court Jalan Manickavasagam(nama lama jalan Lobak).Baru beroperasi sebulan dua.Ada diskaun lagi...

Apam polka dot cikgu Zanina.



Antara tempahan Apam Polka Dot untuk bulan Ramadhan ini daripada Cikgu Zanina.Ada yang tempah lagi kata Cikgu Rozana tapi tak dapat sebab nak siap biskut raya

Biskut Almond London.


Ini Almond London yang telah di tempah oleh Cikgu Noor Jehan diKluang Johor.Ada 100 biji sahaja,lagi 100 biji untuk Cikgu Shahrulbariah.Cabarannya bukan cara membuatnya tetapi kena sorok kan.Kerana Azib sering mengendapkan biskut ini untuk dimakan.Bukan makin bertambah tapi makin susut....!!!!

Sabtu, 13 Ogos 2011

Seminggu yang sibuk.


Tempahan Puan Fatimah 150 biji apam.
Projek biskut Almond London tergendala sebentar dek kerana ada pesanan kek dan apam polka dot / lady bird nasib bukan Lady Gaga.Bermula daripada kek pesanan puan Ayu(kawan sekolah),kemudian pesanan 150 biji apam polka dot/ladybird puan Fatimah daripada Seremban.Selepas itu apam polka dot sebanyak 2 pesanan 100 biji setiap satu dari cikgu Sekolah Kebangsaan Lukut.Selepas ini tidak lah kami dapat menerima pesanan apam kerana ingin menyiapkan biskut raya.

Do Re Mi.

Do Re Mi amat popular diSeremban, terletak di jalan Sikamat.Sentiasa ada bekalan untuk membuat kek.Kadang-kadang taukenya siap bagi tips lagi,tak lokek ilmu.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Strawberry Butter cake.


Hari ini 12 hb Ogos ada tempahan kek daripada kawan lama Ayu.Dia hendak kek Strawberry Butter 1 kg harga RM 45.Diserahkan kepada adik Ayu,iaitu cikgu Haryanti yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Lukut.Sekolah yang sama dimana Azib dan Zal belajar.Terimakasih dari kami,kalau sedap order lah lagi.

Khamis, 11 Ogos 2011

Kedai Bakeri di Seremban.

Kedai ni terletak diKemayan Square berhadapan hospital KPJ Seremban.Tini kerap kemari kerana ada kad diskaun.Lagipun taukenya peramah.Biasa nya bila Tini kemari aku bawa budak-budak pergi minum di Wazer Restoran.

Selasa, 9 Ogos 2011

Dah beli mesin mixer baru.

Inile mesin mixer baru Tini beli di Tesco Seremban.Baru RM 76.90 model Pensonic,ada turbo lagi.

Tempahan Cikgu Alias daripada SK Lukut.


Hampir terlupa nak up date tempahan Cikgu Alias sebanyak 200 biji pada hari yang sama dengan Cik Adilla.Telah dihantar disebelah paginya.Petang hantar pesanan Cik Adilla pula.Terimakasih.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com