Selasa, 19 April 2011

Kek harijadi untuk Taska TNB PD.


Inile wajah -wajah anak Taska TNB PD yang menyambut harijadi pada bulan Mac 2011 yang lepas.Dah tak sabar nak makan kek tu ... Semuanya geram dah!! Birthday boy dan girl dapat hadiah .Yang lain dapat makan lah aje... Hadiah disampaikan oleh cikgu Siti Anisah.Kek yang Tini buat berat 2 setengah kilo sebab untuk budak - budak makan apasalahnya.


Rabu, 13 April 2011

Rehat membuat muffins.

Dalam seminggu ini kami rehat sebentar .Lepas ini cuma sebuah kedai kami hantar iaitu kedai makan Gamar Cahaya berhadapan Janakuasa Tuanku Jafaar Port Dickson.Kedai yang pertama kami hantar muffins itu ,selepas ini kami tak hantar lagi.Tuan punya kedai terlalu banyak karenahnya.Komisen yang telah dipersetujui pada mulanya mahu dipinda sesuka hati.Dan harga kami pun dia yang pula tetapkan harga .Dia tidak setuju dengan harga kami itu ,masalahnya bila muffins kami tak laku kami yang tanggung rugi...... Selepas ini kami akan cari satu atau dua kedai lain .Ini cabaran nya .

Tempahan daripada Taska TNB PD

Kek American Chocolate Moist ditempah oleh puan Siti Anisah pengelola Taska TNB.Harga RM 75.Tetapi muffins yang dibawah Tini buat khas untuk Siti Anisah sempena harijadinya baru -baru ini.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com