Selasa, 28 Jun 2011

Kek Strawberry.


Ini adalah kali kedua cikgu Siti Anisah menempah kek daripada Tini untuk jamuan di Taska TNB.Harga kek ni ialah RM70 dan seberat 2kg.Diatas ditabur dengan gula-gula jelly,badam,coklat chips strawberry dan dibawahnya mashmellow.Kek ini juga dilapisi dengan filling Strawberry. Sedapppp!!!

Isnin, 20 Jun 2011

Alhamdullilah Apam Polka Dot untuk hari kedua habis dijual.

Gambar diatas perasa strawberry Gambar diatas perasa Blueberi

Untuk hari kedua semua Apam Polka Dot sebanyak 160 biji telah habis dijual. Pukul 9.30 am cikgu Rozana sms semua telah habis dan itupun tak cukup. Dapatlah budak-budak tu menabung untuk wakaf mereka.

Jumaat, 17 Jun 2011

Apam Polka Dot untuk dijual sebagai kerja amal PPKI SK Lukut.



Beberapa hari lepas cikgu Rozana ada beritahu aku mereka kekurangan budget untuk membina wakaf anak-anak istimewa PPKI.Duit kutipan hanya dapat bila batu-bata aje ,maklum barang binaan dah mahal.Jadi aku berbincang dengan Tini kita bantulah segala terdaya.Maka Tini akan buat Apam Polkadot ini segala keuntungan akan diserahkan kepada PPKI.

Apam Polkadot ni kalau ada filling RM 1 utk 5 biji,kalau tiada filling RM 1 utk 6 biji.

Apam polkadot menjadi pilihan ramai untuk segala majlis dan juga untuk menjamu ahli keluarga. Sesuai juga sebagai doorgift, party pack dan juga hantaran. Rasailah apam polkadot yg comel, gebu, cantik colourful & sedap ini ...kalau berminat hubungi kami.

PENYIMPANAN: Tahan selama 3 hari pada suhu bilik dan 1 minggu dalam petisejuk.Jika disimpan dalam peti sejuk, keluarkan 15 minit awal sebelum dimakan atau boleh juga dipanaskan dalam microwave selama 15 saat. Apam polkadot akan kembali lembut.


Selasa, 7 Jun 2011

Kek Coklat Strawberry.

Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14 tahun .
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com