Ahad, 25 September 2011

Apam polka Dot dan apam Bee.


Ini tempahan untuk cikgu Nomi.Dia minta cuma apam polka dot tapi bee tu saja Tini beri ,buat cantik dalam kotak tu.Sudah kali kedua tempahan dibuat.Terimakasih cikgu.

Rabu, 21 September 2011

Serupa tapi tak sama.



Memang diluar serupa aje,tetapi didalam bukan tepung yang sama.Tini menggunakan tepung biskut Red Rose.Tepung ini memang mahal daripada tepung gandum yang biasa digunakan.Rasanya memang lain daripada Almond London yang terdapat dipasaran. Tak percaya!!!Tapi yang tempah itu Puan Shima,maka kena tanya pada Puan Shima betul tak?

Kek Rainbow Velvet untuk jiran.



Tempahan dari jiran hadapan rumah ,berkenan dengan Kek Rainbow Velvet Aishah.Buat harijadi suaminya Sham.Terimakasih daun keladi.

Ahad, 18 September 2011

Blueberry Blossom Muffins.

Sebelum di masak.
Kebetulan ada teman lama Tini nak datang,Liza namanya anak murid cikgu Noor Jehan.Disamping mi goreng ,Tini hidangkan taraa Blueberry Blossom Muffins.Dibekalkan sedikit untuk dibawa pulang.

Jumaat, 16 September 2011

Tat coklat dan tat badam.


Badam yang siap digoreng.

Yang diatas ialah tat coklat dan gambar dibawah sekali ialah tat badam.Badam digoreng tanpa minyak hingga ranggup.

Tempahan Puan Azimah.


Sebelum di masuk kan kedalam wad KPJ sempat juga Tini buat tempahan Puan Azimah TNB Port Dickson.100 biji apam polka dot dan 100 biji apam lady bird.Alhamdullilah....terimakasih Puan Azimah.

Isnin, 5 September 2011

Biskut Raya Tini.



Biskut yang diatas Tat Coklat dan dibawah biskut Arab yang telah diwarnakan.Ini untuk tempahan,akhirnya dirumah sendiri tak ada kuih .Alamak!!!
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com