Ahad, 30 Oktober 2011

Tat buah yang sedap.

Shima kawan Tini minta dibuatkan tat buah yang isinya bermacam -macam buah yang boleh diletakkan.Antaranya anggur,nenas,pic dan lain-lain lagi ikut suka kita.Azib pun suka memang pun...

Khamis, 27 Oktober 2011

Kek terlebih adun.

Kek ni bukan tak jadi atau bantat tapi terlebih sukatannya.Bila dah terlebih maka melimpah ruahlah dia.Masih sedap untuk dimakan.Ini kek Red Velvet memang sedap. 

Cup Cake Kak Zaliah.

Kak Zaliah tempah CupCake Red Velvet untuk anaknya.Sepatutnya minggu lepas oleh kerana bahan pun tak cukup dan Kak Zaliah kebetulan ada hal lain.Maka baru semalam Tini buatkan untuknya. 

Apam Polka Dot untuk cikgu Rozana.



Jumaat yang lepas,selepas kerja aku dan kelam kabut buatkan apam polka dot untuk cikgu Rozana untuk kenduri doa selamat nak ke Tanah Suci.Lepas Maghrib lak tu,nasib baik Tini dah siap buat adunannya waktu tengahari tadi.Nak cari rumah pula satu hal,berpusing sekitar Kayu Ara Mambau tu.Lagi ditambah silap penunjuk arah.Tapi akhirnya jumpa juga,Alhamdulilah!!!Hari Sabtu ada lagi tempahan...
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com