Khamis, 24 November 2011

Apam polka dot buat Zarina.




Semalam Tini bertungkus lumus bikin apam polka dot buat sepupunya diBukit Fraser.Siap packing lagi.Harap sampai packing ini kedestinasinya dengan selamat.Berdebar-debar percubaan pertama hantar dengan parcel ini.Selalu by hand aje.

Ahad, 20 November 2011

Belajar bikin maccaroon,



Pada 20 hb November 2011 Tini menghadiri kelas maccaroon di E-Mix Bakery Seremban.Cikgu nya bernama Kak Yong alias Nora Nabella.Bukan mudah dan juga bukan murah,itu aje ayat yang sesuai.Patutlah harga dipasaran mahal untuk sebiji maccaroon yang comel ini. Kata Cikgu harganya adakala mencecah sampai rm 6.00 sebiji .....fuhhhhh!!!!...tapi berbaloi kata kau kerana ianya memang sedap!!!!!Asalnya berasal dari Perancis,kalau disana mereka makan bersama teh o tanpa gula.Tetapi disini orang kita minum bersama minuman yang manis,macamana tak kena kencing manis.Untuk belajar ini Tini kena membayar yuran rm 100 dan kelas bermula dari pukul 10.30 pagi berlanjutan sehingga pukul 3.00 petang. Lapar! jadi memang berbaloi dengan ilmu yang diterima.Jadi jika ada sesiapa yang ingin tahu rahsia membuatnya,boleh tetapi ia bukannya percuma....mana yang percuma sekarang,ma!!!

Isnin, 7 November 2011

Kulit tat.

Ini adalah kulit tat sebelum di masak.Tini mencuba membuatnya,kerana sebelum ini dibeli daripada seorang kawan.Percubaan yang berjaya!Pada permulaan memanglah payah,tetapi bila dah biasa tiada hal.Alah biasa tegal biasa.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com