Rabu, 28 Disember 2011

Buku koleksi kek Tini.

Ini lah buku-buku yang Tini beli dikedai buku atau melalui on-line.Buku ini jadi panduan buat Tini untuk membuat kek atau cupcake.Bukan mudah untuk mencarinya.Memang berlambak dipasaran tetapi yang betul-betul bagus memang susah untuk didapati.

CupCake Moist Cake BoBoiBoy.

Ini Tini buat sempena harilahir Eiman.Berebut bebudak sampai ada yang minta lagi.Nama pun bebudak....

Isnin, 19 Disember 2011

Cupcake Moist Chocholate

Ini lah cupcake yang dibuat khas buat boss(abang Tini yang sulong) kebetulan datang kePort Dickson makan angin.Harilahirnya minggu yang sudah.Oleh kerana untuk orang dewasa maka Tini kurangkan tahap kemanisannya.

Ahad, 11 Disember 2011

Rakan.

Semalam ke Semenyih beli stok bahan.Beli pewarna,tepung,bekas plastik dan adalah sikit-sikit.Dapat kalender ingat dapat diskaun....wah!rakan akan dibuka diSenawang.Dekatlah sikit,kedai pemborong ini memang jadi pilihan kepada pengusaha kek dan juga surirumah. Segala bahan membuat kek dan biskut terdapat disini.Daripada Seremban boleh melalui Lekas dan susur keluar melalui susur Semenyih.Tol baru Rm 4.50.Berbaloi!!!

Khamis, 1 Disember 2011

Ada pesanan apam polka dot dalam 3 hari.

macaroon Kak Ann.

Apam polka dot untuk Boss.

Apam polka dot untuk puan Norazlinawati.
Dalam masa 3 hari ada pesanan dari Puan Zarina dan Puan Norazlinawati.Puan Norazlinawati pesan sebanyak 150 biji.Untuk majlis ulangtahun Boss yang ke-25 pula Tini buat 400 biji termasuk macaroon.Letih!!!
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com