Ahad, 26 Februari 2012

Kek anak dara Sham dan Sue.

Jiran kami Sham dan Sue minta Tini buatkan kek Red Velvet untuk harilahir anaknya berusia 7 tahun.Suka bebudak dengan rasanya itu.Yang lepas kek tu besar sangat hampir seminggu baru habis.Kali ini dia pesan kecil sedikit.Harga nya Rm 60 aje tetapi sebab kita berjiran kami ada diskaun lagi.Janji bebudak suka dah memadai bagi kami.

Apam polka dot dan muffins.



Apam polka dot sebanyak 300 biji dan muffins 400 biji siap.Lega rasanya dapat menyiapkan tempahan ini.Bertungkus lumus dari seawal pagi hingga terbit mentari.Ngantuk nya....alhamdullilah!!!Apam polka dot dipesan oleh seorang guru diSK Lukut.Oleh kerana cikgu Rozana menjadi orang tengah maka 10% memang kami beri kepada PPKI.Duit untuk tabung bebudak PPKI.Muffin sebanyak 400 biji dipesan oleh Zila daripada Kg Paya.Dalam tempoh beberapa hari aje dari hari date line.Tetapi orang kata musuh jangan dicari,rezeki jangan ditolak.

Rabu, 22 Februari 2012

Kek harijadi untuk anak-anak diTNB Harmony Kids.

 Siti Anisah minta Tini buat kek buat anak-anak taskanya.Untuk harijadi Tasha berumur 4 tahun.Nak gambar Ana Muslim...2 kg.
Ini kek Zal dah terlewat sebulan sepatutnya 19 hb Januari dah terlajak.Tempohari Tini masuk wad tu yang tak sempat buat.Dia minta Angry Birds.Dapatlah makan bersama kawan-kawannya.

Khamis, 9 Februari 2012

Coklat rose berinti.



Coklat rose ini ada filling iaitu mangga dan blueberry.Harga sekotak 35 biji cuma RM 40 sahaja.

Rabu, 8 Februari 2012

Coklat dan coklat!





Apam polka dot 100 biji pesanan cikgu Rozana.Siap! dan telah dihantar dengan selamatnya.Tini buat coklat untuk kak Ann sebanyak 60 batang untuk anak muridnya.Akan diposkan menggunakan pos laju.Harap selamat sampai dan tidak cair ditengah jalan.Harga sebatang cuma RM 1.50 sahaja.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com