Sabtu, 30 Jun 2012

Apam mekar.



Apam mekar antara ramuannya ialah aiskrim soda.Ini adalah sumbangan untuk kenduri Shima kawan sekerja Tini.Resepi baru diperolehi daripada rakan FB Tini.Sekali cuba aje!

Tempahan Puan Izlin.



Puan Izlin staff TM KL tempah kek dan apam polka dot.Maklumat diperolehi daripada internet.Alhamdullilah dapat memenuhi tempahan walaupun lewat penghantarannya.Kek Coklat Lembap bercoklat Cip yang sedap sebab ada m & m dan itu lah kena serbu dahulu!

Jumaat, 29 Jun 2012

Dua kek sekali.

Harga  Rm 60 sahaja.

Harga Rm 70 sahaja.
Hari ni Siti Anisah tauke Taska Tnb Port Dickson tempah sekali dua kek.Tini memerah otak mencari idea untuk hiasan dan bentuk kek.Idea tak mari -mari lah sampai ke pagi baru muncul.Kek Lobak Merah adalah sempena Hari Bapa dan Kek Coklat Lembap tentu untuk anak -anak taska.  

Selasa, 26 Jun 2012

Trufle coklat berbadam.

Kek coklat 1/2 kilo.

Trufle coklat berbadam.
Inilah hasil kerja tangan Tini yang mutakhir Kek coklat 1/2 kilo harga cuma Rm 25 sebab tanpa hiasan.Lagi satu Trufle coklat berbadam harga sebiji dari 0.70 sen hingga Rm 1.Memang remeh sikit nak buatnya.

Sabtu, 23 Jun 2012

Cupcake Red Velvet.

Ini lah dia cupcake Red velvet yang teramat sedapppp tu.Harga sebiji cuma Rm 3.50 sahaja.Lebih daripada 6 biji Rm 3 sahaja.Topping cream chesse itu yang mesti.

Selasa, 12 Jun 2012

Biskut snow almond.

Biskut ini didalam dan disaluti coklat dan kelapa kering.Harga cuma 100 biji Rm 25 sahaja.

Jumaat, 8 Jun 2012

Kek Red Strawberry Velvet.


Kehadiran abang Jamal dan kak Ann serta anak-anaknya kerumah kami disambut dengan kek ini yang membuat kak Ann terkenang-kenang.Dah beli dengan kawannya tapi macam ada yang kurang!
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com