Isnin, 30 Julai 2012

Comel kepada Bobot.

Kek coklat moist 1 kg berharga Rm 70.Pesanan Comel buat Bobot.Comel yang berada diGombak minta kami serahkan kek ini kepada Bobot di Ambang Kota.Terimakasih buat Comel.

Jumaat, 20 Julai 2012

Red Velvet For Sk Lukut Port Dickson.

Kek ini untuk anak -anak PPKI sempena Ramadhan yang menjelang.  Yang dibawah kek 1 kilo buat guru-guru SK Lukut harga cuma Rm 50.

Ahad, 15 Julai 2012

Biskut raya 2012.

Biskut Almond London harga Rm 23 satu balang (100 biji)
Tat coklat harga Rm 25 satu balang (100 biji).

Tat coklat badam Rm 25 satu balang (100 biji).
Biskut snow almond Rm 23 satu balang(100 biji).

Famous amos Coklat Rm 23 satu balang(100 biji).
Jika berminat sila hubungi kami atau sms sahaja.

Khamis, 12 Julai 2012

Red Velvet In The Jar For Puan Noor Jehan.

Mak Ann dah pesan Red Velvet in The Jar ini.Maka hari ini gunakan perkhidmatan poslaju untuk penghantaran.Dijamin sampai esok dan selamat diterima.Dah guna perkhidmatan poslaju beberapa kali.Telah guna kan untuk penghantar apam polka dot sehingga Kuala Kubu Bahru.InsyaAllah!

Rabu, 11 Julai 2012

Kedai Bakery Yang Baru diBuka.


 Dua buah kedai baru menjual bahan-bahan bakeri.Satu bernama Sun Day diHomes Garden Seremban 2 dan sebuah lagi Rusa Emas di Taman Mikamas Port Dickson. Kini banyak lah pilihan.
Do Re Mi tak perlu diperkenalkan lagi telah membuka cawangan baru diJalan Tunku Antah.Besar juga kedai ni bila dah siap sepenuhnya baik pulih.

Sabtu, 7 Julai 2012

Kek Browneis berlapis Cheese.


Kek pesanan cikgu Haryanti Robi kawan fb Tini.Hantar terus kerumahnya ,majlis nya esok.Jangan bebudak umpil m& m nya udah lah.

Pelbagai Red Velvet.

Keluaran terbaru kami Velvet in the Jar.Harga  Rm 10 sahaja.Boleh dibuat door gift.
Ini pula Cup Cake Velvet untuk staff KPJ Seremban ...harga cuma Rm 3.50.
Ini Velvet in the Jar pandangan daripada atas.

Jumaat, 6 Julai 2012

200 biji apam polka dot siap packing.

Tempahan daripada cikgu Ti Sk Lukut sebanyak 200 biji serta packing.Jadi harga sebiji adalah 0.40 sen bersama packing. 4 biji dalam setiap pack.Terimakasih kepada cikgu dan harap maaflah jika ada yang terkurang.

Ini smile untuk anak PPKI inti coklat chip.

Selasa, 3 Julai 2012

Terimakasih

Terimakasih kepada anda yang pernah menjadi pelanggan kami dan anda yang melayari blog ini.Maaf jika ada yang terkurang.Diharap azalmuffins akan terus berdiri dengan sokongan anda.Terimakasih.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com