Jumaat, 21 September 2012

Dessert Lapis Cheezy.

Mencuba lapis cheezy yang manis dan sedap,boleh dilakukan dengan berbagai cara. Pasti digemari oleh anak-anak kerana rasanya yang manis. Dibuat selapis selapis bersama pelbagai filling dan cheese.Ini lah terbaru daripada azalmuffins.

Ahad, 16 September 2012

Kek Rainbow velvet cikgu Normi Sk Lukut.

Pagi ni buat kek Rainbow Velvet tempahan Cikgu Normi daripada Sk Lukut.Sedapppp !!!tapi yang menempah kek ini tak merasa kerana cuti pada hari tu.Jadi dia kata nak tempah untuk makan sendiri sepuas-puasnya...

Apam Polka Dot tempahan Puan Fatimah.

 Rasanya sudah lama tiada yang tempah apam polka dot ni.Dihujung minggu Puan Fatimah daripada Rasah Jaya Seremban. Maka pagi ni kenalah buat 200 biji sahaja.Pukul 8.30 pagi hantar ke Seremban. Syukur alhamdullilah,terimakasih puan Fatimah sekeluarga.

Tempahan Cik Ain.

Hari Jumaat petang hantar tempahan Cik Ain daripada Pedas.Bertugas di PutraJaya.Bertemu di Politeknik Port Dickson kerana kebetulan mengambil adiknya yang belajar disana.InsyaAllah bulan depan ada satu lagi tempahan kek daripada Cik Ain untuk majlis bertunang.Terimakasih Cik Ain.

Tempahan Cikgu Maziati.




Hari Sabtu pagi, Tini dah tak boleh duduk diam, seawal 4 pagi dah bangun buat Carrot cake, Chocolate Moist cake dan Chocolate Oreo untuk majlis harijadi anak teruna Cikgu Maziati di Rantau, Negeri Sembilan yang diadakan pada waktu petang pada hari yang sama.Kami tidak menghantar hingga ke Rantau,sebab kebetulan Cikgu Maziati ada urusan di Lukut.Jadi kos penghantaran kami tolak.Janji pelanggan kami berpuashati.

Selasa, 11 September 2012

Coklat untuk sebarang majlis.





Coklat yang sesuai untuk sebarang majlis boleh pm kami di facebook azalmuffins homemade atau sms nombor talipon kami.Pasti sedap!!!

Sabtu, 8 September 2012

Kek tempahan Ayu daripada Shah Alam.


Ke Shah Alam malam ni hantarkan kek dan biskut Puan Ayu di seksyen 11 Shah Alam.Itu pun kerana dah siap Snow Almond dan Butter Cookies tu.Sampai sekitar pukul 12 tengah malam diShah Alam.Alhamdulilah selamat sampai dan kembali.Sempat singgah di R&R Dengkel pekena kopi secawan dan isi perut.

Isnin, 3 September 2012

Biskut dipesan oleh Timbalan Pengarah Hospital Johor Bahru.



Kunjungan raya Abang Jamal sempat pesan biskut Famous Amos dan Butter cookeis yang sedap.Dua jenis biskut ni sentiasa boleh dipesan sepanjang tahun tak perlu tunggu raya.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com