Khamis, 29 November 2012

Truffle , Apam Lady Birds dan Apam Polka Dot

Truffle coklat bersalut badam.
Apam Lady Birds dan Apam Polka Dot.
Puan Sona sekali lagi membuat pesanan daripada kami.Apam Polka Dot,Apam lady Birds dan Truffle Coklat bersalut badam.Penghantaran sehingga ke Seremban Jaya.Sempena ulang tahun anaknya,dia akan membawa balik kekampungnya dan meraikan disana.

Rabu, 28 November 2012

Sumbangan Azalmuffins diMajlis persadingan Ewan Ayer Hitam Kluang.

Cupcake coklat yang manis.
Doorgift berisi coklat dan cookies.
Kek coklat moist dan cupcake sumbangan Azalmuffins.
Cupcake coklat moist.
Pada 25 hb November 2012 maka berlangsung persandingan anak abang sulung kami diDewan Pertanian Ayer Hitam Kluang.Kami menyumbangkan Kek Coklat Moist,Cupcake Coklat dan Doorgift berisi Coklat dan cookies.Alhamdullilah segala halangan dapat diatasi dan semua sampai tepat pada masanya.Walaupun penat tapi berbaloi. 
Ini sahaja yang tinggal....

Khamis, 15 November 2012

Juadah untuk minum petang.

 Kek sponge boleh dipelbagaikan toppingnya boleh diletak krimer atau jagung manis.Makan pula bersama teh o kurang manis.Minum bersama keluarga ataupun kawan-kawan sambil bersembang-sembang.
Coklat moist diatas ada ganache,coklat rice dan almond nib.Memang tak dinafikan keenakkannya.Jadi pilihan anda yang mana menawan kalbu?

Sabtu, 10 November 2012

Kek Coklat Moist.


Ini bukan untuk dijual tetapi sahaja dimasak untuk makan sendiri.Memang sedap!!!!

Jumaat, 9 November 2012

Tempahan cikgu Normi dan Zati.




Semalaman menyiapkan 600 biji apam polka dot dan sebiji kek Rainbow.Apam polka dot siap dipacking.Cikgu Normi nak raikan anak muridnya barangkali.Belah petang cup cake coklat moist buat Izzati di Shah Alam.Sebenarnya dia ingin buat kejutan untuk BFF diseksyen 17 Shah Alam,puas lah mencari dalam hujan.Walaupun penat puashati...

Selasa, 6 November 2012

Kek coklat moist buat Puan Aida.


Kek coklat moist buat putera dan puteri Puan Aida staff KPJ Seremban.Diadun dan dibakar awal pagi,dihantar keesokkan harinya.Terimakasih.

Ahad, 4 November 2012

Kek coklat untuk hantaran Mus diAyer Hitam Johor.

Kek coklat moist 3 kilo bersalut fondant berwarna biru firus buat hantaran perkahwinan anak buah kami Ahmad Mustazza Shah bin Bakhtiar Shah di Ayer Hitam Kluang Johor.Majlis ijab qabul diadakan di Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi.Idea hiasan berkongsi dengan Kamelia anak buah kami diKluang.Yang lebih mengembirakan kan kami bila ibu pengantin berpuashati.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com