Jumaat, 28 Disember 2012

Red Velvet tempahan Puan Zaliah.

Puan Zaliah pelanggan tetap kami seorang staff TNB.Memang lah sedap cupcake Red Velvet ni.Boleh buat untuk sebarang majlis ,hadiah maupun hantaran.Penghantaran boleh diuruskan.In sya Allah.
Marvelous!!
Sedappp!!!

Sumbangan Azalmuffins untuk majlis persandingan puteri-puteri abang Ishak dan kak Faridah.

Siap ada riben.
Dalam nya berisi coklat dan cookies.
Hari ni kita ke Kapar Klang lebih tepat lagi ke Kelab Kilat Tnb diKapar.Hantar sumbangan doorgift sebanyak 150 pack,cuma sumbangan kecil sahaja.Inilah cara nak promosi,bak orang tua kata sambil menyelam minum air.

Isnin, 17 Disember 2012

Ke Matrikulasi Kuala Pilah .

Kek Rainbow.
Berwarna -warni.
Teddy bear special delivery.
Coklat cupcake.
Lepas Asar keKuala Pilah lagi.Kali  keMatrikulasi Kuala Pilah,hantar kek Rainbow dan cupcake coklat.Kek itu pesanan Cik Dayana buat harijadi adiknya Cik Sarah yang belajar disana.Sambil tu Tini buat kan untuk anak buah ku sekali pun belajar disitu.Cuma cupcake  aje.... mesti sedap!!!!

Khamis, 13 Disember 2012

Cheese Tart.

Cheese Tart Blueberry.
CheeseTart Strawberry.
Buat untuk Azib dan Zal ,dah lama minta tapi emaknya tiada masa nak buat.Maaf le!memang sedap dan manis tetapi dah diselesaikan oleh Azib dan Zal.Lagipun bukan boleh diposkan dikhuatiri berkecai kerana kulitnya yang rapuh itu.Kalau dihantar sendiri In sha Allah...boleh diuruskan.


Selasa, 4 Disember 2012

KeKuala Pilah hantar Blueberry Cheese Tart.

Setelah dihias.
Siap dah packing.
Malam ni lepas pukul 6.30 petang bertolak ke Kuala Pilah.Hantarkan tempahan Syaza kepada Amirul Haiqal diUITM Kuala Pilah.Maghrib diPetronas Ampang 2.Jalan baru Kuala Pilah - Seremban memang belum siap sepenuh nya.Ada kawasan yang agak gelap dan bahaya.Lagipun dah musim hujan ,kena perlahan kerana penglihatan kurang baik.Lokasi asal jumpa di Kompleks Rakan Muda tapi dah tak nampak ....gelap!!! Jumpa di ESSO.Alhamdullilah!Misi selesai package dapat di serahkan dengan selamatnya.Terimakasih kepada Syaza dan temannya.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com