Isnin, 28 Januari 2013

Kek Lobak Merah buat ulang tahun Bonda Aishah ke 70 thn.

7 Kumbang  melambangkan tahun.
Acara memotong kek.
Hari ni cuti Thaipusam adik beradik di Kluang sambut harilahir Bonda Aishah dirumah Pak Usu Izal.Malangnya kami tak dapat balik cuma kami kirimkan kek Lobak Merah ini.Itupun kami kirim kan kepada abang Bulat kebetulan nak singgah kerumah kami.Tengok dari jauh ajelah kami....

Jumaat, 25 Januari 2013

Kito poi ke Rumah Rakyat Sri Kendong Kota.

Ringkas aje.
Malam ni kita menghantar kek pengantin bersama cupcake termasuk F.O.C.tempahan Puan Nurul Huda.Kota ni dalam daerah Rembau.Dari Bandar SpringHill kita melalui Siliau sehingga simpang ke Rantau,kita belok kekanan pergi arah Linggi.Sampai ke Linggi ada simpang ke Kota.Dah malam kawasan ni gelap dan sunyi.Alhamdullilah sampai juga setelah bertanya dan berpusing beberapa kali mnencari arah.Disambut oleh Puan Nurul dan suaminya.

Isnin, 21 Januari 2013

Kek Coklat Padang Bola Futsal.

Add caption
Idaman Zal Hazmi.
Telah menjadi idaman Zal Hazmi pada kek padang bola ni.Lama sudah dia minta,barulah hajat nya tertunai.Harilahir Zal Hazmi yang ke10 disambut dengan kekawan nya dikelas PPKI SK Lukut.Gembira sungguh anakanda!

Khamis, 17 Januari 2013

Tempahan sepanjang minggu ini.

Tempahan Suhara macam traffic light...daa!!!!
Kek  juga tempahan Nurul Huda buat ayahanda nya tercinta.
Cheezy buat Nurul Huda.
CupCake Coklat Moist buat Liza Staff KPJ  Seremban.
Tempahan siap dipacking.
Red Velvet CupCake tempahan Sue Staff KPJ Seremban.
Sepanjang minggu ini tempahan daripada teman -teman sekitar Seremban dan Port Dickson.Terimakasih kepada teman-teman kerana menempah daripada kami,kepuasan anda kepuasan kami.

Ahad, 6 Januari 2013

Tempahan sicilik Irdina.

Dilain kali Irdina nak Upin dan Ipin pula.
Dihujung minggu dapat pesanan daripada Puan Nor Rizai.Kek Red Velvet 1/2 kilo buat puterinya Irdina 5 tahun.Ini pun atas permintaan Irdina setelah melayari FB Azalmuffins....ada peminat cilik juga FB kami tu.Maka bergembira lah Irdina dengan kek harilahirnya....terimakasih Irdina begitu juga Puan Nor Rizai.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com