Selasa, 26 Februari 2013

Ke Taman Permai 1 buat satu lagi kejutan!


Pavlova yang sedap.


Dan ini juga .....
Pagi ni aku dan Tini hantar tempahan Faridahtul Hazimah dari Kota Tinggi Johor.Pavlova sempena harilahir Rizal.Maka berpusinglah mencari rumah.Ini bukan kali pertama kami daripada Azalmuffins buat kejutan begini.Sudah sampai Shah Alam dan Kuala Pilah,ada juga sekitar Port Dickson.Yang paling seronok bila melihat raut penerima,kerana senyum dan tangis mereka jadi satu kepuasan buat kami.Sekurang-kurangnya kami telah membawa satu misi harapan seseorang kepada seseorang yang lain.Kepenatan mencari terhapus dan lenyap dengan senyum mereka.Terimakasih.

Isnin, 11 Februari 2013

Cupcake Red Velvet.

Siap !!!
Cup cake 16 biji untuk majlis pertunangan ditempah oleh Puan Norizai.Penghantaran adalah percuma kerana dikejiranan kami sahaja,sebenarnya untuk kawannya.Terimakasih kerana telah menjadi pelanggan kami.

Tempahan Puan Juelyana dari Rantau.

Tart buah-buahan.
Baris siapppp!!!!
Tempahan Puan Juelyana dari Rantau sempena majlis doa selamat.Rumah sebenarnya diTakau tidak jauh pekan Rantau.Apam Bee ini fillingnya Bluberry sedang siap sedia untuk dihantar bersama tart buah-buahan.Terimakasih kerana menjadi pelanggan kami.

Sabtu, 9 Februari 2013

Pavlova dan Pavlova coklat.

Diatas nya ada coklat.
Pelbagai  hirisan buah diatasnya. 
       Pavlova dan pavlova coklat ini buat Kak Noor Jehan dan Doktor Mohd Nurul Zaim anknya.Diharap perjalanan dari Port Dickson ke Kluang tidak mencairkannya.Pavlova kena sentiasa berada dalam keadaan sejuk maklumlah ia berasal dari negeri atas angin begitu lah keadaannya.

Menggigil sedap!!!! cake and melty hersheys in the jar....




Tak tahan.....
Sedap!!!
Manis!!!
Buatkan Red Velvet dan Melty Hershey's Chocolate khas untuk Kak Noorjehan dan Ustazah Husni.Ada dalam jar dan bekas plastik.Telah lama diidamkan oleh Kak Noorjehan kini tercapai lah sudah.Kebetulan cuti tahun baru cina ini,anaknya yang bertugas diPutrajaya pulang keKluang maka kirim kan sekali.Untuk Ustazah Husni memang untuk dia rasa.Sebagai penhargaan daripada kami,kerana mengajar anak-anak kami. 

Khamis, 7 Februari 2013

Melty Hershey's Choc plus Strawberry ,Oreo Biscuit and Nuts.

Nyam!Nyam!
Tempahan cikgu Haryanti Robi mengajar diSK Lukut.Tempat dimana Azib dan Zal belajar.Sedap betul hingga menggigil,kerana telah disahkan oleh dua orang tester kami.Jadi apa yang ada didalam peti sejuk wajib di beritahu kepada dua orang tester ini.Kalau tidak pasti akan disapu  oleh mereka.

Pavlova yang ketiga kalinya...tempahan Puan Fadzlena.

Memang tengah hangat ...
Sila!sila!
Ini adalah tempahan kali ketiga Puan Fadzlena buat suaminya.Terimakasih Puan kerana menempah daripada kami.Buat kata Azib" menggigil sedap .....!!!"

Ahad, 3 Februari 2013

Melty Hershey's Chocolate dan Pavlova in the cup.

La ista bonita!
Memang sedap.
Tanpa coklat.
Bersalut coklat.
Ini lah antara produk terbaru daripada kami.Melty Hershey's Chocolate dan Pavlova in the Cup with coklat in the top.Tengok aje dah mengancam belum lagi dirasa.Azib yang tengok pun dah tak sabar-sabar nak menjamah,sehingga kena
 rantai peti sejuk pula.....sebab "mengigil punya sedap" kata Azib.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com