Khamis, 28 Mac 2013

Kramel Puding.

Percubaan kali kedua yang menjadi.Yang pertama berderai bila dituangkan ke piring.Ini kali cuma 25 biji.Gula dah perang dan cantik.Manis bila disuap ke mulut.Tempahan daripada Mona.Sesuai untuk jamuan petang.Ini untuk jamuan diJimah Power...semua selesai.Alhamdullilah!!!

Ahad, 24 Mac 2013

KePanchor Jaya dan Sg Buloh Simpang Durian hantar apam polka dot.








Ambil peluang bergambar disawah padi.
Hujung minggu ini kami bertungkus lumus menyiapkan apam polka dot sebanyak 300 biji+ buat Puan Maimunah seorang guru tinggal diPanchor Jaya Seremban.Ada 800 biji lagi tempahan Sue jiran kami,tapi kena hantar ke Sg Buloh Simpang Durian, Jelebu.Sampai juga dengan sikit panduan dari Google map di Galaxy Tab.Memang tak pernah kemari dah tak jauh dengan Karak.Berbaloi!

Khamis, 21 Mac 2013

Puding bidan terjun.

Puding.
Pavlova harijadi.
Buat makan sendiri.

Pertama siapkan pavlova harijadi kakak kepada Cik Eyka.Seterusnya selamat dihantar ke Giant Lukut diDataran Segar.Petang tu nak singgah makan dikedai Mona (yang sentiasa sibuk).Dengan tak semena-mena Mona tawar kan kami buat puding sebanyak 40 biji.Ini buat Jimah Power untuk makan tengahari.Sebelum tu dia beritahu duit nya dapat lagi dua minggu...boleh le mencuba!Buat kata Mona "eloklah kau serah diri."

Isnin, 18 Mac 2013

Apa cerita satu minggu.

Buat Sue diKPJ Seremban.
Coklat perasa Oren.
Coklat juga.
Siap packing.
Kek Coklat Moist ini yang jadi masalah.

Siap packing.
Macam -macam gelagat pelanggan kami.Alhamdullilah setakat ini semua berpuashati,tetapi kalau terkurang harap maafkan kami.Minggu ini kami diminta untuk memberi sumbangan doorgift.Jadi kami berusaha untuk memenuhi permintaan itu.Penghantaran ke Sekolah King George V diAmpangan.Yang itu dah selesai cuma tempahan seterusnya daripada pelajar sebuah IPT diMelaka.Sudah berbincang dan diterangkan dengan jelas harga kek yang sesuai  dengan budget mereka,masalah setelah menunggu dan dua kali berpatah balik untuk kek itu,tiba-tiba mereka tak berpuashati.Pada mereka kek 3 kilo adalah besar sehingga masuk kereta pun tak boleh....????Pening juga !!!Itu adatlah dalam perniagaan...macam -macam kerenah...

Isnin, 11 Mac 2013

Ke Mantau dan Batu Caves.

Pavlova in cup.
Melty Hersheys Choc.
Hantar ke Batu Caves.
Bukan ada jemputan tapi hantar tempahan diTaman Mantau Indah dan terus keTaman Selasih Batu Caves.Puas lah tanya Pak Goggle cari Taman Selasih ini,al maklumlah memang lama tak kemari.Jalan banyak dah berubah.Walau begitu alhamdullilah selamat sampai dengan  bantuan dari Galaxy tab.

Rabu, 6 Mac 2013

Lagi produk daripada kami.

Mini pavlova.
Melty Hersheys Chocolate ditabur hirisan cheese.
Kini kami masuk kan pavlova didalam bekas,senang dibawa.Untuk makan sendiri atau majlis tertentu.Memang sedap...belum cuba belum tahukan!!!
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com