Khamis, 18 April 2013

Hokkaido Chiffon Cup Cake.

Buat permulaan mencuba resepi yang baru ini,dan setelah di sah kan oleh tester kami.Memang sedap!!!Boleh dijual dan boleh dipelbagaikan lagi.Di KL cupcake ini ada dijual sekitar RM 8...fuhhhh!!!Mentang-mentang lah diletak nama Hokkaido semua jadi mahal,tapi dah tak perlu keJepun hanya nak makan cup cake ini kaaannnn.....!!!!


Selasa, 16 April 2013

Kek Surprise Cikgu Maziati buat Bondanya.

Petang ni kita ke Rantau hantar kek surprise cikgu Maziati.Cikgu ni mengajar diKL nun...dah tempah sejak seminggu dua minggu yang lepas.Duit pun dah bayar habis dah,cuma dia takut kami terlupa aje!InsyaAllah....Jadi lepas kerja dan solat Asar kami hantar lah kek ni ke Rantau.Terkejut ibunya kerana tak tahu menahu pun...ialah nama pun surprise!Kalau dah tau hilanglah serinya.




Rabu, 10 April 2013

Buat anak-anak PPKI SK Parit Penghulu Sg Rambai Melaka.

Tempahan daripada Cikgu Che Wawa mengajar disekolah SK Parit Penghulu.Rombongan anak-anak PPKI seramai 20 orang bersantai diPDS Tanjung Agas.Semalam disini selepas tu ke Ladang Anggur Sendayan.Kena minta maaf dengan anak-anak ini kerana ejaan yang tersilap cetak.Sudah jadi pengulu....




Ahad, 7 April 2013

Rezeki hujung minggu.

Sabtu dan Ahad ni sibuk lah sikit.Mula-mula buat kek buat Mona.Dapat lah mencelah bila orang dah bagi peluang.Mona dan kakaknya ada syarikat catering jadi bila ada peluang tu dia hulur-hulurkan kat kami.Alhamdullilah!Lepas tu tengahari nak ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban,bukan melawat tapi hantar kek buat Puan Nana.Nurse diwad 6B.Bersama kek itu ada pavlova coklat sebanyak 32 biji.Selamat diterima dan kami mengucapkan terimakasih.Hari Ahad kek harijadi buat Puan Mardiana yang sedang bercuti bersama keluarganya diTelok Pelandok.Dia ada pesan buat kramel puding 20 biji sahaja.Letih dan penat berbaloi bila ada yang menghargainya.
Red Velvet cup cake.


Kek Red velvet.


Pavlova Coklat.

Hantar HTJ.



Khamis, 4 April 2013

Buat bacaan tahlil malam Jumaat.




Tempahan cikgu Maziati daripada Rantau tetapi mengajar diKL.Sebanyak 50 biji Melty Hersheys Chocolate dibuat untuk bacaan tahlil anak-anak Sekolah Permata Negara.Sebelum Maghrib kena hantar.Dekat aje Rantau dengan SpringHill.Lepas balik kerja dan Asar terus hantar.Sebiji cuma Rm 4 sahaja,tetapi kalau banyak kami boleh bagi diskaunlah jangan risau.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com