Isnin, 13 Mei 2013

From Egypt with love.





Inilah pelanggan kami paling jauh nun dibumi Mesir.Sedang belajar disana,tetapi sempena hari Ibu ini maka dia mengirimkan cupcake dan sejambak bunga buat Ibunya.Hantar lah kami ke Telok Kemang,jambangan tu kami carilah dikedai bunga berdekatan.Maaf le kami tak pandai pasal jambangan ni.Pelanggan kami tu namanya Farahh dan ibunya bernama Puan Hajjah Fauziah.Apa salahnya sekali-sekali buat jambatan pengerat kasih sayang.Selamat Hari Ibu.

Selasa, 7 Mei 2013

Roti Roll Kayu Manis.

Terjumpa resepi ni didalam akhbar Metro dan terus tunjukkan kepada Tini.Apalagi Tini terus mencubalah resepi ni.Azib dan Zal pun dah tak sabar nak rasa roti yang sedap ni.Boleh pelbagai rasa,boleh letak cheese,coklat chip atau kacang.Memang sedap!!!
Roti Roll Kayu Manis plus Cheese dan Kacang.


Roti Roll Kayu Manis plus Coklat Chip dan Kacang.

Roti Roll Kayu Manis plus Coklat Chip.


Rabu, 1 Mei 2013

Hantar kek hingga kePenjara Kajang.

Minggu ni kek untuk cik Nurul akan dihantar ke Tiara atau Western Prima nama barunya.Hari Isnin hantar pavlova in the jar ke City Centre Seremban 2.Hanya 10 jar sahaja.Tapi 30 haribulan ni nak masuk penjara Kajang,tiada kes cuma hantar kek.Kali pertama kesini,berlapis pos pengawalnya almaklum lah penjara dikatakan.Kek ulang tahun daripada isteri buat suaminya Encik Mohd Firdaus yang bertugas diBahagian IT Penjara Kajang.Surprise!!!
Buat tuan tanah .







Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com