Isnin, 24 Jun 2013

Pau lah pula....

Percubaan yang berjaya!
Bermula dengan percubaan yang pertama yang gagal kerana setelah kukus pau menjadi keras.Maka percubaan kedua membuah hasil.Puas lah makan,jika beli sikit sangat isinya.Bila sejuk jadi kecut pula pau yang dibeli itu.Maka semangat nak membuat sendiri membuak-buak.Oleh kerana dorongan bebudak dua orang,maka inilah hasilnya.Buat masa ini buat pau kaya,kacang merah dan pandan.Ada permintaan bebudak ni untuk kari ayam.Inilah sempat diambil gambar sebelum dimakan .....

Ahad, 16 Jun 2013

Simple Kek Red Velvet ke Butik Qaseh.


Siap ada Bee dan LadyBird lagi...
Kek Red Velvet yang ringkas dan dihiaskan dengan strawberry,jangan lupa bee dan ladybird.Nak kemana?Hantar keButik Qaseh petang ni.Bukan jauh pun dipekan PD aje.

Kek Pelangi ke Pantai Bagan Pinang.


Sudah siap Kek Pelangi bersamaan Cake Rainbow dalam bahasa Omputeh.Rasanya tetap sama.Ada berapa lapis didalamnya dan disalut buttercream.Diletak kan buah-buahan diatasnya.Terimakasih kepada Puan Norsyafini kerana tempahan ini.

Sabtu, 8 Jun 2013

Kek coklat oreo.

Dah masuk kotak.




Ramainya!!!

Ini bukan idea asal kami...cedok dari internet.Kebetulan anak-anak kami balik kePD setelah lama berada diKluang.Dua biji kek satu yang dimasuk kotak tu buat abang kami bawa balik keKL.Seronok Zal..!!!

Jumaat, 7 Jun 2013

Ke Balai Polis Lenggeng.


Apam mekar.


Keep smiling.
Tempahan dah lama baru kini dapat direalisasikan.Dah berbulan lamanya,baru dapat serahkan kek ini kepada empunyanya.Lenggeng sebuah pekan kecil.Boleh melalui Mantin,Broga atau Kuala Klawang.Kek ini untuk Encik Mohd Nazreen Syah yang bertugas dibalai ini.Kira suprise cake lah gitu....terimakasih atas tempahan ini buat cik Hafizah.

Ahad, 2 Jun 2013

Army Cup Cake.

Army Cup Cake....tempahan yang kena cari bersama pak Google.Memang ada pun cuma kena cari patung askar lah pula.Nak ambil anak punya nanti jadi perang lah pula.Terimakasih atas tempahan anda cik Erda,memang mencabar minda kami.


Red Velvet Tempahan Puan Liza.

Tempahan Puan Liza hantar ke Taman Abu Zarim Port Dickson.Ini adalah salah satu kuaters TNB.Buat harilahir suaminya dan istimewanya mereka ni baru bernikah.Seronok kerana mereka berpuashati dan terimakasih daun keladi.


Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com