Isnin, 30 September 2013

Mini Pavlova.





Selain dari saiz yang besar atau pun dalam bekas yang boleh dimakan dua atau tiga orang. Kami ada juga membuat bersaiz mini. Diisikan dalam bekas dadih atau cawan cupcake. Buah-buahnya tetap segar yang kami pilih. Kekadang sampai ke Seremban mencari buah-buah ini. Janji pelanggan kami berpuas hati. Itulah kekadang jika kesuntukkan masa kami tolak tempahan itu. Tidak mahu mengejar masa maka takut tak dapat apa-apa.

Tempahan pelanggan tetap kami Cikgu Maziati diRantau.

Ini kali yang entah keberapa Cikgu Maziati menempah kek daripada kami. Terimakasih kepada cikgu sekeluarga. Selain dari kek cikgu ada buat tempahan pavlova. Setakat ini tiada masalah. Cuma mixer dah buat hal. Baru aje pakai. Kena memukul telur guna tangan.



Dekat 4 kilo ni.

Ahad, 8 September 2013

Alhamdullilah.

Seminggu yang agak sibuk dan tidur yang terpaksa dicatu.Tapi Alhamdullilah dapat memenuhi semua permintaan.Hantar kek coklat moist tempahan Cik Farhana buat temannya diTaman Bukit Margosa Seremban,kemudian ke Lenggeng hantar pavlova tempahan Cik Hafizah buat temannya.Malamnya hantar pula Cheese Blueberry tart ke Taman Marida tempahan Cik Fadhlina untuk kenduri cukur jambul.Esoknya tempahan Cik Ramona pun untuk kenduri cukur jambul.Terakhirnya baru buat Ibu kami sempena tahlil dan cukur jambul anak buah kami.
Cheese Blueberry Tart.







Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com