Isnin, 25 November 2013

Kek Barbie buat Nur Zara Safiya.

Janjinya dah lama...dah berapa kali raya. Tak kira le asal dapat walaupun lewat. Lagipun Zara dah dapat nombor 3 dalam  Taska PASTI. Cuma ketika Barbie dalam peti ais, Zara bercuti ke Sarawak naik belon bersama ibubapanya. Harap Zara jangan mare aaahhhh!!!!

Ahad, 17 November 2013

Penhantaran Cupcake Rainbow ke Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Melaka.

Malam ni kami ke Melaka dalam misi menghantar Cupcake Rainbow Cheese Cream. Kami membawa misi rahsia daripada nama yang dirahsiakan. Cupcake ini sempena hari lahir En. Rizal. Kami cuma menjalankan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan. Yang penting dah disampaikan kepada yang sepatutnya.

Jumaat, 15 November 2013

Dah cuti sekolah untuk sessi 2013.

Sekejap pun dah sampai hujung tahun 2013. UPSR pun dah keluar keputusannya. Yang dapat tempat terbaik dipeperiksaan akhir tahun pun dah terima hadiah. Oleh kerana itu Cikgu Haryanti pun menempah 10 kotak cupcakes Pavlova yg berisi sebanyak 6 biji cupcakes pavlova buat anak muridnya. Ingatan seorang guru buat muridnya.


Isnin, 11 November 2013

25 cup Pavlova untuk hari bertunang seorang teman.

Tempahan Cik Shahida buat temannya Cik Siti Aishah di Kg Nelayan Kuala Linggi Kuala Sungai Baru Melaka.Kawasan ini bersempadan dengan Tg Agas Port Dickson Negeri Sembilan.Hari hujan tidak menjadi halangan.Memang lega dapat menyampaikan hasrat seorang teman.Cuma nak cari rumahnya ada sikit masalah,jadi kenalah buat panggilan kepada tuan rumah.Alhamdullilah!!!

Blueberry Cheezy Cheese Cake.

Tempahan Cikgu Liza mengajar diPra sekolah SK Lukut.Buat anaknya dan terimakasih kerana tempahan ini.Anaknya pun suka itu yang penting.Anak- anak memang tak pandai nak bohong punya,kalau sedap dikatakan sedap.

Ahad, 3 November 2013

Selamat Pengantin Baru buat Ejat dan Norina.

Semoga kedua mempelai dipanjang jodoh hingga keakhir hayat. Lokasi yang biasa tapi pening juga nak mencari. Tempat di Ladang Baru Kg Telok Pelandok Port Dickson. Rupanya masuk kedalam melalui kawasan perumahan Green View. Alhamdullilah selamat diterima.
Percubaan yang pertama.

Tempahan Puan Liza sedang bercuti diGSV Port Dickson.

Terimakasih kepada Puan Liza kerana sudi membuat tempahan ini. Memang payah sikit nak cari bahan. Sehingga ke Seremban pun tak jumpa juga. Kenalah bertanya dan berbincang. InsyaAllah dipermudahkan. Inilah hasilnya harap maaf jika ada yang terkurang.
Kek Red Velvet.


Kek Vanilla dah jadi padang bola.



Kek coklat moist.


Diiringi hujan yang lebat ke IPD Seremban 2.

Hantar kek Cik Sazwani buat tunangnya di IPD Seremban 2. Hujan lebat pun kami tempohi janji mesti ditepati. Hujan itu kan rahmat. Alhamdullilah ...walau basah tapi selamat diterima oleh Encik Hairul.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com