Rabu, 12 Mac 2014

DiR&R Seremban arah Selatan.

Malam ni kita nak hantar kek ke R&R Seremban.Jerebu memang teruk,tapi dek dah tugas untuk mengejutkan kena pergi.Daripada SpringHill kita kena buat pusingan 'U' diNilai untuk pergi kearah kawasan R&R Seremban arah Selatan.Apabila Tini buat panggilan kepada pemuda itu...dia dah suspen.Siapa lak perempuan call dia ni...bila serahkan kek tu...soalan yang biasa kami terima ialah"kek ni dah dibayar habis ke?"...Sudahhhh !!!jangan risau semua dah selesai dibayar.Cuma tugas kami hantar kepada empunya kek.


Ahad, 2 Mac 2014

Kek Lobak hantar ke Permaisuri...eh! Puteri Resort.

Kek ini adalah kejutan daripada Encik Hamidi daripada Bukit Aman.Makan angin bersama keluarga di sini.Kami pun terkejut sebab Permaisuri dah jadi Puteri.... 

Hantaran buat rombongan ke Perak.

Ada pelanggan nak tempah buat hantaran ....kusangka buat dirinya ,bukan untuk dia daaa!!! Salah sangka buat abangnya.Rombongan hantaran nak ke Perak,tapi kami cuma hantar kerumah nya di Taman Lukut Makmur.Terimakasih buat Ida sekeluarga.Minta maaf Puan kerana tersalah sangka....


Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com