Selasa, 22 April 2014

Cheese tart Blue Berry yang sedih.

Setelah 3 malam bersekang mata,setelah beberapa hari makan tak tentu maka hari Sabtu pagi kami bertolak ke Selayang.Itu pun pelanggan yang satu ini minta hantar semalam tetapi kami minta tangguh kerana belum siap lagi.Lagipun dengan kuantiti cheese tart yang banyak itu ada ke peti sejuk beku untuk menyimpannya,kerana ada kah mereka tahu cheese tart memang tak tahan lama.Jadi kami cadangkan untuk hantar pagi esoknya.Itupun tak diterima alasan kami.Jadi kami kata kalau masih mahu kita boleh hantar esok pagi atau kami bayar semula.Balasan nya kami dituduh menganiaya mereka...???Bila kami serahkan barang itu sekali lagi kami diceramah oleh Ibu pengantin yang mengatakan kami menganiaya mereka.Kami cuma hantar lewat daripada date line sahaja sedangkan majlis nya belah tengahari.Kami pun tak faham...kami pun dihukum dengan mereka memotong bayaran kami...sudah lah minta harga murah kena potong lagi...jadi siapa yang teraniaya ???Alhamdullilah.....kami redha dengan rezeki ini.


 

Rabu, 9 April 2014

Idible Image.

Cikgu Normi buat anaknya.

Cik Erda yang tempah...pelanggan kami ni.
Kini idible image telah satu produk yang kami usahakan.Harga berpatutan...inilah pelanggan terawal kami Alhamdullilah...rezeki kami.Jadi kalau ada yang terasa nak beridible image jangan malu boleh sms atau pm kami je.

Kami buat kejutan lagi....

Malam Jumaat ni ke Kuala Pilah.Lebih tepat UiTM Beting Kuala Pilah.Masuk kedalam dekat 7 kilometer cuma untuk hantarkan sebiji kek buat adik sepupu tersayang.Sipengirim dah hubungi pembuat kek tetapi malang ada yang tak sanggup dan ada yang tiada talian lagi.Jadi rezeki kami.Alhamdullilah!

Kek yang kedua tu hantar dekat je...diTaman Desa PD.Mula-mula puas juga tanya dimana?rupanya dijalan Sua Betong.Terkejut makcik tu..risau juga buat macam ni.Tapi bila yang menerima tersenyum ...itulah yang buat kami suka kerja kami ini.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com