Isnin, 27 April 2015

Daripada Cik Zura buat Encik Saiful Nizam.



Kalau disebelah pagi tadi ke Pulamor,petang ni kami ke Taman Intan Perdana.Tempahan Cik Zura buat Encik Saiful Nizam.Maaf lewat sikit hantar sebab hujan lebat.Tercangat-cangat juga mencari rumahnya,maklum lah dah lama tak kemari.Walau bagaimana pun kami ucap kan terimakasih dan maaf apa yang terkurang.

Pulamor.

Pagi ini sebelum pukul 9 pagi hantar kek 4 kg ke Pulamor Sebatang Kara,tempahan Encik Shah untuk hari keluarga.Kena juga masuk kem lagi. Kebanyakan kem tentera bukan mudah nak masuk pemeriksaan amat ketat dengan pengawal bersenjata lengkap.Walau bagaimana pun terimakasih kepada Encik Shah
Add caption



yang sudi tempah daripada kami.Alhamdulilah!!!

Sabtu, 25 April 2015

Mini Cup Cake buat Puan Dilla diPejabat Pos.

Petang selepas makan tengahari nak kePejabat Pos Si Rusa...bukan nak pos surat atau poskan mini cupcake...tetapi nak hantar tempahan Puan Dilla ini.Orang ada isi kena lah disegerakan,takut kempunan pula.

KeWisma Negeri Seremban.

Pagi ini kita nak ke Wisma Negeri di belakang Wisma Persekutuan.Bangunan warna putih dan pejabat MB Negeri Sembilan.Hantar Cream Puff buat Puan Lyeza Ismail tak banyak pun cuma 100 biji aje.Terimakasih lah puan atas tempahan ini.Tak jumpa MB pula pagi tu ...boleh minta autograf.

Rabu, 22 April 2015

Puan Ida diAdmiral Avillion.




Selepas ke PNB tengahari tadi,belah petang kami ke Admiral Avillion.Kek Coklat Frozen buat Puan Ida.Bersama tokayaki sekali.Selesai sudah tugas untuk hari ini.Terimakasih kepada Puan Ida dan suami atas tempahan ini.

Buat Puan Ardi Balkish di PNB Ilham.



Kek coklat cip.

Tart coklat walnut karamel.

Mini cupcake.
Petang yang panas hantar tempahan pelanggan kami di PNB Ilham Tanjung Tuan.Tak jauh dirumah api cuma kena naik bukit sedikit.Itu dah masuk sempadan Melaka.Walau bagaimana jika pelanggan puashati kami lagi berbesar hati.Terimakasih kepada Puan Ardi Balkish.

Kek buat sidia.

Add caption


Terimakasih buat Cik Wani atas tempahan ini.Kek ini buat cik abang yang bertugas diKem Sunggala.Jadi jika ada sesiapa nak buat kejutan ke apa saja tapi tak dapat hantar sendiri maka hubungi kami,InsyaAllah kami akan uruskan.Cuma beritahu bila,tempat dan siapa,sediakan nombor handphone atau wassapp sahaja.

Isnin, 6 April 2015

Tempahan untuk pak we ku di IJED .

Tempahan daripada Cik Fatihah yang berada diKedah buat buah hati nya yang berada diIJED Kg Sawah Sunggala.Selama ini aku ingat cuma diSK Si Rusa sahaja.Tidak mengapa tapi bila naik pelamin jangan lupa kami ....lama pun tak apa.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com