Jumaat, 29 Mei 2015

SMK Dato' Sheikh Ahmad Seremban.


Add caption
Terimakasih kepada Cikgu Diana dan warga kerja SMK Dato ' Sheikh Ahmad Seremban.Setelah mengikut waze dan terlajak ,kemudian terkejut kerana cikgu berpakaian macam nak bernikah.Rupanya tema acaranya ialah pengantin.Patutlah cikgu berpakaian pengantin.Alhamdullilah masanya tepat sebelum majlis bermula.

Di jabatan Laut PD.


Add caption
Kek daripada Cik Isteri buat Encik Suami yang bertugas disini.Hantar sebelah pagi tak jadi masalah.Encik Suami pun tak kemana,kalau tak kena lah tunggu lama.Terimakasih banyak -banyak buat tuan dan puan kerana sudi membuat tempahan daripada  kami.

Pukul 11.30 malam di Corus.





Petang tadi di Lexis jadi malam pula kami ke Corus.Kena hantar sebelum tengah malam,paling lewat pukul 11.30 malam.Nak buat suprise yang tak menjadi.Terimakasih buat Cik Priya dan berpuashati dengan kerja kami.

Tempahan grup Etiqa di Lexis.




Tempahan dimasa yang suntuk memang amat perit untuk dilaksanakan.Setelah berbincang dan tawar menawar harga,akhirnya muffin dan biskut di buat serta dipacking.Ini untuk perjumpaan grup Etiqa seramai 70 pax di Lexis.Tak ramai tapi boleh lah tahan penatnya. Dapat hantar tepat pada masanya.Alhamdullilah!!!

Sabtu, 23 Mei 2015

Buat pertunangan Shafika.



Mini cupcake buat Cik Shafika di Kg Air Meleleh Port Dickson.Buat majlis pertunangannya...masalahnya cupcake ini memang tak tahan lama kerana telah diselesaikan...cuma kotaknya yang tidak dimakan!!!Terimakasih dan selama bertunang kami ucapkan.

Kek padang bola.



Buat anak-anak Sk Lukut yang menyambut hari lahir bersama guru mereka.Kali terakhir padang bola ni ketika hari lahir Zal Hazmi bersama anak-anak PPKI Sk Lukut.Seronok anak-anak ni tengok padang  bola ini.Terbayang kegembiraan dimata mereka. 

Buat hari ibu.



Maghrib ni kami ada di Taman Bukit Margosa Seremban hantar kek ini buat Bonda bersama sekuntum bunga mawar merah dan sekeping kad buat hari ibu.Rumah tak susah nak cari kerana kali kedua kemari,cuma mencari surau jer berpusing guna waze....

Isnin, 4 Mei 2015

Bay View diHari Pekerja.

Hari Pekerja memang cuti bagi yang bekerja tapi yang bersara dan kerja sendiri tu kena juga kerja juga kan.Memang cuti yang sederet selama 4 hari pasti akan sesak jalan raya,tetapi kerana tempahan pelanggan kami redah juga.Terimakasih kepada Cik Rozi kerana sudi layari blog kami yang tak seberapa ini serta buat tempahan kek harijadi ini.Sebenarnya Bay View ni pun kami tak tau jalan masuknya,kena bertanyalah.Cuma belakang Sungala Gate Away aje.Yang ku tahu sebelum ini tiada jalan  cuma paya.
 
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com