Jumaat, 12 Jun 2015

Yang kelima dan terakhir untuk hari ni.





Ini kek terakhir daripada lima kek ,dan lokasi terakhir keGlory.Penghantaran malam dan cuaca yang baik.Alhamdullilah selesai tugas ...malam boleh tidur lena.

Ini yang keempat untuk sessi petang ke Maya Apartment PD Marina.


Mencari Maya Apartment yang masalah bila ditanya kat bangla kelain blok dia tunjuk.Nasib blok yang sebelah.Ini kek yang ke empat untuk untuk trip petang ni.Rupanya diBay View juga.Terimakasih puan walau pun terima dalam hujan.

....yang ketiga ke TM Resort Telok Kemang..





Selepas Dataran Kemang sebelahnya TM Resort.Memang tak jauh nak sampai kena hati-hati.Bayang kan kereta bertali arus terutama hujung minggu.Walaupun kek yang sedap ni sampai puan empunya ...terimakasih puan.

Ahad, 7 Jun 2015

...yang kedua hantar diDataran Kemang.



Asalnya kena hantar keKemas PD,tiba-tiba tukar rancangan.Oleh kerana Puan Juli ada game bola jaring yang belum nak game lagi.Maka check point tukar ke Dataran Kemang hadapan Sekolah Kebangsaan Telok Kemang.Hari hujan jalan sesak...tapi Alhamdulilah selesai tugas.

Yang pertama dari yang lima.....




Mula -mula cuma 3 kek sahaja...tiba-tiba dah jadi 5 biji sekali oder,Tak pe rezeki...Allah nak beri.Kek yang pertama hantar ke Kampong Linsun Rantau.Tempahan Cikgu Maziati Mahful,pelanggan tetap kami.Kek buat bondanya.Selamat dihantar dan terimo kasih cikgu.

Jumpa Encik AADK Telok Pelandok.

Bukan ada kes dadah  ....kami cuma hantar kek jer.Itu pun tak bertemu tuan punya badan kerana sedang ada program.Jadi kami tinggalkan dipejabatnya sahaja.Beres sudah tugas kami terimakasih kepada Cik yang sudi menempah dengan kami.




Isnin, 1 Jun 2015

Tempahan yang terkejut.

Tempahan terkejut Puan Miza dari Bangi yang nak buat kejutan buat Encik Suaminya.Kami pun terkejut sama.Alhamdullilah semua berjalan lancar...tapi nasib baik kami tak ada sakit jantung!!!


Tiga kek kePNB Ilham.

Terimakasih buat Puan Zila,Nurin dan Diana.Walaupun berbincang pasal kek ini dekat dua jam namun kalau pelanggan puashati kami pun tumpang gembira.Tiga kek dihantar terus ke Ilham PNB sebelum Maghrib kerana majlis mereka pukul 8 malam.Terimakasih sekali lagi.

Sepatutnya ada Strawberry diatasnya.

Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com