Sabtu, 28 November 2015

Jamuan pembukaan kedai .

















Setelah 3 kali on line dengan DBP kemudian menunggu lawatan Bomba,PBT dan Pihak Kesihatan.Setelah itu permohonan lesen sementara untuk ditandatangan oleh Pegawai MPPD dan YDP maka kini dengan rasmi laj kedai kami beroperasi.Walau bagaimana kedai masih kosong lagi.Kami masih menjalankan on line dan penghantaran.Chiller masih kosong lagi tetapi akan diisikan dari masa kesemasa.Terimakasih atas sokongan kawan-kawan,pelanggan kami dan keluarga.Masa operasi dari pukul 10 pagi sehingga pukul 7 malam.Hari Jumaat kami tutup kecuali jika yang telah membuat tempahan dengan kami.Lokasi kami di nombor 18,Tingkat bawah,Jalan 9/12 Bandar Springhill,9 Avenue,Bandar Springhill,Port Dickson.Semoga usaha kami diberkati dan rezeki kami bertambah Aamminn!!!

Coklat Moist ke Sri Pena.

Harilahir dua anak -anak seorang lelaki dan seorang perempuan.Dua kek digabungkan dengan dua corak yang berbeza.Terimakasih Puan Intan kerana sudi membuat tempahan ini.Minta halal apa yang terkurang.

Kek Coklat Moist ke Telok Kemang.




Hari ini pukul 10 pagi kena hantar kek ni.Majlis pukul 11 pagi.Memang tak jauh cuma sebatang rokok.Tetapi lagi awal sampai lagi baik.Terimakasih Puan Siti Musrina Musa kerana tempahan ini namun jemputan untuk menjamu selera tak dapat kami penuhi kerana ada urusan lain walau bagaimana terimakasih sekali lagi.

Kek HummingBird.



Ini pun sedap berdengung pasti tak menghampakan.Jadi jangan lah terlambat untuk wassapp kami jika ada sebarang jamuan keraian.

Miss Kedut Brownies.



Keluaran terbaru daripada Azalmuffins kek Miss Kedut Brownies.Memang sedap tak dinafikan.Sesuai untuk sebarang jamuan keraian.Kalau nak buat minum petang bersama keluarga pun boleh.Sila wassapp kami tanpa rasa malu-malu. 

Khamis, 19 November 2015

Pavlova buat awek.

Cuaca yang indah kita keTaman Indah Tampin.Kerumah awek nak serahkan 16 biji pavlova,rumah nya depan padang.Membuat kan kita pusing satu taman kerana nama jalan tak diberi.Dengan sabar dan perut lapar kita mesti cari sampai dapat,alhamdulilah akhirnya jumpa.Rumah awek depan padang futsal bukan padang permainan atau padang bola.Rupanya pakwe pun baru sekali kemari laaaa...!!!Tak pe lah dik dah selesai pun.

Tart.








Ini antara tart keluaran kami.Rasa nya sesedap mata memandang.Kecil molek pasti hilang dimulut.Kebanyakkan tak tahan lama kerana telah dimakan.Gebu membuat hati tertawan.Jadi jangan malu-malu silalah hubungi kami untuk tempahan.Terimakasih.

Selasa, 10 November 2015

Cabaran nak buka kedai.

Kedai dah sewa,papan tanda walaupun cuma kami framekan banner pun dah dinaikkan,bil utili dah nak kena bayar.Ini pun dah 3 bulan ada hasil on line saja.Lesen dah mohon,bila call MPPD katanya dah masuk mesyuarat.Cuma belum ditandatangani oleh pegawai sahaja.Tentu mahal tanda tangan pegawai tu agaknya.Selagi boleh sabar kita sabarlah,kalau buka kedai tanpa lesen kena denda Rm 300.Banyak tu boleh tengok wayang berapa kali siap makan.InshaAllah lambat laun pasti dapat lah.Nanti sila lah kekedai kami.

Khamis, 5 November 2015

Kem Segenting.

Kita masuk kem oppp...maaf ya!!!cuma dibenarkan hantar sampai didepan pintu masuk saja.Maklum lah kem tentera.Ambil gambar pun tidak dibenarkan.Terimakasih tuan atas tempahan ini.
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com