Rabu, 30 Mac 2016

Kek Mini comel @ kek Cinonet.

Kek mini Hummingbird

Kek mini coklat.

Kek mini Red Velvet.



Kek mini comel alias cinonet yang sesuai untuk majlis berskala kecil atau majlis kita-kita.Saiz cuma 3.5 " sahaja.Untuk majlis harilahir atau keluarga.Berminat boleh le whatsapp 0176017630.Kami sedia menerima tempahan anda.

Isnin, 7 Mac 2016

Tempahan Dr Farzana buat kawannya.



Tempahan Dr Farzana dari Alor Setar buat kawannya di Melang Kuala Pilah.1100 biji Cupcake walau nilai asal adalah lebih dari ini.Perbicangan ambil masa yang lama juga.Hampir terputus hubungan kerana Doktor Farzana kemalangan jalanraya.Agak lama juga masuk hospital.Alhamdulilah...sampai juga hajat doktor nak meraikan kawannya itu.Terimakasih doktor ,walau kita tidak bersua muka.

Cik Kedut kasih sayang.




Tempahan Encik Hasanuddin yang mengajar di Teluk Intan Perak buat isterinya yang mengajar di Telok Kemang.Hari ini Encik Hasanuddin ambil cuti hanya untuk bersama yang tersayang.Semoga jodoh mereka hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh.Aamiinn.

Lepas Maghrib ke Corus Paradise.


Kek ini simple deco untuk buat suprise katanya.Selepas Maghrib kita hantar kerana acara sambutan sebelah malam.Terimakasih adik halalkan jika ada kekurangan.

Dua biji kek Kekondo TNB Port Dickson.



Untuk satu trip lagi hantar dua biji kek ke Kondo TNB Port Dickson.Terimakasih kepada Puan yang memberikan kepercayaan yang tinggi kepada kami.Harap Puan halalkan apa yang terkurang.Walaupun kita tak berkesempatan untuk bersua muka,terimakasih kami ucapkan sekali lagi kepada Puan dan sekeluarga.

Yang mengoda ke Grand Lexis.




Melihat pun dah teruja dan tergoda,belum lagi dimakan.Harap empunya kek amat berpuashati dengan kek ini.Maaf jika ada terkurang dan kami pun tidak boleh bercerita lama kerana ada urusan yang belum selesai.Terimakasih ....
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com