Khamis, 1 Mei 2014

Lexis ke atau Grand Lexis...

Penghantaran paling lewat,Alhamdullilah kebanyakkan pelanggan kami baik hati kecuali kes diSelayang tempohari.Pelanggan kami yang sering kami ajak berbincang,tiada masalah.Bukan kerana apa pun,jika berlaku kemudian hari nanti kami dituduh hanya mencari keuntungan pula.Sedangkan penghantaran perlukan kos juga,tapi kami beri kemudahan.Walaupun semakin hari harga petrol semakin menaik dan memeritkan.Kembali kepada cerita kami hantar kek kejutan ini ke Lexis eh! bukan lah...Grand Lexis bangunan bersebelahan.Pukul 10 malam kami hantar atas permintaan pelanggan kami.Dia nak buat kejutan kepada suaminya,nasib baik tak berlaku drama kerana suaminya dah cuak!


0 comments:

Catat Ulasan

Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com